Sunday, May 23, 2010
Keliru
bahasa Melayu atau Malaysia? Masa cikguA sekolah dulu namanya bahasa MALAYSIA, lepas tu bahasa MELAYU, lepas tu bahasa MALAYSIA, lepas tu bahasa MELAYU, lepas tu...sekarang tak pasti lagi bahasa MELAYU atau bahasa MALAYSIA. CikguA hairan betul, mengapa nama MELAYU/MALAYSIA tu yang jadi pertikaian. Bukankah yang penting rakyat MALAYSIA boleh berbahasa MELAYU dengan betul. Bagi cikguA, isu 'penggunaan nama bahasa MELAYU bersifat perkauman' tidak harus timbul. Namanya bahasa MELAYU kerana bangsa MELAYUlah penutur aslinya. Cuba renungkan...andainya bahasa ini asalnya dituturkan oleh bangsa Cina, sudah pasti namanya bahasa CINA. Fikirkanlah..tapi kalau kita kena guna bahasa MALAYSIA juga, secara peribadi, cikguA rasa bahasa itu telah hilang identitinya....
KURSUS
Bermula 23-25 Mei 2010, cikguA telah mengikuti kursus PENGAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN E-LEARNING/E-KAMUS(SR/SM). Kursus ni dibuat di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan (PLGDP), Sg Karangan.Mulanya cikguA malas nak ikut kursus ni, tambahan pula bagitau di saat-saat akhir. tapiiiiii..Alhamdulillah, mujur cikguA datang.Memang bermanfaat. Tapi yang ralatnya, cikguA tak yakin dapat mengaplikasikannya pada pelajar-pelajar, memandangkan banyak halangan dan kekangannya. Tapi, tengoklah macam mana nanti, kita cuba dulu..kalau boleh dilaksanakan, memang banyak manfaatnya bukan sahaja pada pelajar semua, malah pada cikguA dan cikgu-cikgu lain juga
kasut kelopak jantung
Sinopsis
Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun. Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.
Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia

Subscribe to:
Posts (Atom)