Sunday, May 23, 2010
Keliru
bahasa Melayu atau Malaysia? Masa cikguA sekolah dulu namanya bahasa MALAYSIA, lepas tu bahasa MELAYU, lepas tu bahasa MALAYSIA, lepas tu bahasa MELAYU, lepas tu...sekarang tak pasti lagi bahasa MELAYU atau bahasa MALAYSIA. CikguA hairan betul, mengapa nama MELAYU/MALAYSIA tu yang jadi pertikaian. Bukankah yang penting rakyat MALAYSIA boleh berbahasa MELAYU dengan betul. Bagi cikguA, isu 'penggunaan nama bahasa MELAYU bersifat perkauman' tidak harus timbul. Namanya bahasa MELAYU kerana bangsa MELAYUlah penutur aslinya. Cuba renungkan...andainya bahasa ini asalnya dituturkan oleh bangsa Cina, sudah pasti namanya bahasa CINA. Fikirkanlah..tapi kalau kita kena guna bahasa MALAYSIA juga, secara peribadi, cikguA rasa bahasa itu telah hilang identitinya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment